• Pengenalan

    Rumah Kasih Nurul Hasanah,bermula kerana rasa terpanggil mendengar keluhan dan sedih masyarakat yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kesempitan hidup terutamanya anak2 yatim ...

  • Visi dan Misi

    Berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam kehidupan Insan-insan yang kurang bernasib baik dengan mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan mereka dari segi samada keperluan Lahiriah atau pun Rohaniah...

  • Aktiviti Bergambar

    Membimbing mereka sehigga menjadi insan yang cemerlang dan berjaya didalam segala segi khususnya akedemik dan diniah...

  • Sumbangan

    Rumah Kasih Nurul Hasanah(RKNH)sangat memerlukan sebuah van bagi kegunaan pelajar terutamanya untuk menghantar seramai 30 orang pelajar ke sekolah...

Misi dan Visi

MISI

    Berazam dan bertekad untuk membawa sinar baru dalam
kehidupan Insan-insan yang kurang  bernasib baik dengan
mengusahakan sedaya mungkin segala keperluan yang diperlukan
mereka dari segi samada keperluan Lahiriah atau pun Rohaniah.
                           
Membimbing mereka  sehigga menjadi insan yang cemerlang dan
berjaya didalam segala segi khususnya akedemik dan diniah. Akan
diusahakan semoga lahirlah dari  Rumah Kasih Nurul Hasanah ini
mereka yang terbangun mindanya, akalnya, jasmaninya dan rohaninya.
                           
Mereka juga memiliki jati diri dan kekuatan jiwa yang kental
sehingga mampu menjadi model kepada golongan yang senasib dengan
mereka serta peka ,bersemangat dan bercita cita untuk turut membela
dan menaungi orang lain sebagaimana pembelaan yang telah mereka
perolehi sebelum ini.



VISI

Membangunkan sebuah kompleks kebajikan yg berperanan Sebagai saluran
tambahan yg beroperasi 24 jam serta konsisten didalam membantu mereka yang
dhaif dan susah. Menjana dana yg maksimum melalui berbagai program 
yg dianjur agar  mencukupi bagi menampung operasi kebajikan yang ingin
dilaksanakan.


" Dan Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya "
                                                                      HR.Muslim

0 comments:

Post a Comment